VENIREVENDOR

VENIREVENDOR

Sunday, January 10, 2016

5 idea menggayakan skirt labuh

Tidak pasti bagaimana menggayakan skirt labuh untuk hari santai anda? Venire akan bantu anda untuk sempurnakan gaya anda bersama skirt labuh. Sebenarnya dengan suai padan yang betul bersama skirt labuh anda, anda akan nampak lebih bergaya dan feminin. So, apakah trick pemakaian skirt labuh sebenarnya? scroll down, dan lihat beberapa kompilasi yang we alls dah "compile"kan untuk anda.

Pilihan pertama : Boho chic

Padankan plain A-line skirt anda bersama kemeja yang bercorak dan padankan sahaja bersama shawl kegemaran anda, handbag dan flat shoes untuk imej santai. Boleh gerak untuk berjumpa kawan-kawan. Nice kan!

 Pilihan 2 : The sneakers

Kepada anda yang gemar memakai sneakers, skirt labuh juga boleh dipadankan dengan sneakers kegemaran anda. Sneakers bukan sahaja boleh dipakai dengan seluar. malah anda boleh tampil bergaya bersama skirt labuh terutamanya cotton material. Selesa dan masih mengekalkan gaya feminin walaupun anda memakai sneakers.

Pilihan 3. Stylish
Simple sahaja pilihan kombinasi outfit ini. Cuma gayakan skirt labuh bersama baju plain bersama handbag dan sepasang kasut yang serona dengannya. Untuk menambahkan style, pilih hijab yang bercorak dan mempunyai rona yang sama dengan baju dan pilihlah corak yang elegant untuk tampak lebih matang atau boleh juga memilih corak yang comel-comel untuk "transform" ke imej yang lebih remaja.

Pilihan 4 : Chill
Pakai Skirt labuh anda bersama dengan tshirt crop top dan pastikan skirt labuh anda adalah high waist skirt atau anda boleh gantikan skirt tersebut dengan maxi dres tidak berlengan. Gandingkan bersama crop top, pashmina dan kasut jenis sneakers bercorak. Pasti anda tampak menarik dan bergaya!

Pilihan 5: Elegant




Idea ini adalah lebih kurang sama dengan padanan pilihan ke 4. Cuma ubah jenis kasut yang dipakai, handbag dan accessories yang lebih elegant. Dan walah! anda transform menjadi elegant.

P/s : Sources credit to #hashtaghijab

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Follow Instagram venire.co untuk melihat pilihan-pilihan skirt labuh kami.










No comments:

Post a Comment